Friday, December 31, 2010

The tourist


Cite ni not bad la. Quite best. Angelina Jolie ni sumpah cantek wa cakap sama lu. Aku suke bibir dengan mata dia. Superb la doooooooo. Tengok ni pun sebab idea si Jaja. Eh, bibir Jaja macam Elise la. Seksiiiiiiii. haha. Sinopsis cite ni korang bace la sendiri. Aku malas nak story. Okey, Thanks a lot Jaja sayang sebab happy kan aku semalam (khamis).

Saturday, December 25, 2010

Sunday

Kenduri : BEE OO ES AA ANNE ! -.- Ambil gambar dengan sedare, makangg, blahhhhhh.

One stop : Teman Nini beli kasut sekolah.

Koleksi Raff : Beli baju & tudung pulak. Sumpah aku rindu nak pakai baju sekolah. Masuk perhimpunan sume. Perhimpunan je okey. Kelas tak punggg. Rindu time rehat. Time naek ke kelas. Pukul bontot oh, lari lari, gelak. Chaa (Ekin, Nayli, Dona), rindu doh. Bersyahdu syahdan pulak kat sini. Haha.

Lanina Burger : Nasi Goreng Paprik die bukan maen banyak lagi. Kalah Hartini doh. Harge pun murah. Sedap pun sedap jugak. *Bang, commision lebeh siket. Promote ni. Haha.


p/s: saye memang suke buat cerite tergantung awak :)

Thursday, December 23, 2010

Reunion

Ni je la muke muke ex SKWM 1.
Belakang : Kusyaii, Shahmi, Olan, Rahmat, Fidoo, Sharif.
Depan: Shafirah, Hafizah, Ros, Diba, Shakirah.
Tiada dalam Gambar : Farah, Fatihah, Aween.

Okey, sume dah besar. Lawa bagai. Handsome, tinggi. Ade yang dah kurus oh. Aku la tu. haha. *perasan lebeh. Maen bowling je. Ade 2 group, lelaki & perempuan. Group pmpuan Ros la menang an. Aku second jeeeeeeee. Group lelaki, Rahmat. Mane tak menang nye, sume muke kaki bowling je. haha. Dah, sekarang tunggu reunion budak hoki, ex 3W 2008. Tu je.


p/s: Ekinbingo sayang, jangan lupe bawak thumbdrive aku. Rantai tu hah yg penting.


Tuesday, December 21, 2010

Hate it.

OKEY, KAU DAH RAMPAS HAK AKU! BILE ORANG RAMPAS HAK KAU, KAU MARAH AN. APE PUNYE 'KAWAN' LA KAU NI. HAIH. PAYAH =.=' MUKE DAH CANTIK. PERANGAI, HAMPEH. EIEEEEEEEE, NAK JE AKU TUMBOK, BELASAH KAU. URGHH !

Monday, December 20, 2010

Call



Tiada panggilan hangit untuk awak. -..-'
Waitingggggggggg.



p/s: three posts per day. Bored.

December


5 December 1993
Happy Birthday, Nurul Ashikin.
I LOVE YOU LA CHAA.


11 December 1993
Happy Birthday, Nur Hanisah.
I LOVE YOU, Kecik.


15 December 1961
Happy Birthday, En. Taharudin.
I LOVE YOU, Dad.


p/s: SAGITTARIUS.

Sunday, December 19, 2010

Tibe tibe



Saya tahu la blog saye tak secantik blog awak tu. Blog awak tu cantik la sangat kan. Pegi mam la dengan blog kau tu. -.-'


Saturday, December 18, 2010

Sweet fifteen


*copy and paste. Sorry dear.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU, MUHAMMAD REJAB BIN ANWAR. MAY GOD BLESS YOU, PAK CIK. AKU COPY GAMBAR NI SEBAB AKU SUKE BILE KAU GELAK. COMEL OH. SERIOUSLY. HAH, KEMBANG LA TU. HAHA. DAH 7 BULAN KITE TEXT. KAU PUN DAH KENAL AKU AN. AKU PUN DAH KENAL KAU KOT. HEE. AWAK, INGAT TAU 'FOREVER & ALWAYS' TU. GAMBAR AKU SIMPAN ELOK ELOK. AKU TAK KESAH DIRI KAU MACAM MANE PUN. JAHAT KE *macam selalu kau kate tu. AKU TAK KESAH PUN. BAGI AKU KAU BAEK. KAU CARING OH. SUKE BUAT AKU GELAK. AKU RINDU NAK GADOH DENGAN KAU. HAHA. ILY, DEAR.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU AGAIN.


P/S: asal capital ni? ignore je -.-'


Thursday, December 16, 2010

Is it over?


KALAU KAU BACE, KAU FAHAM LA SENDIRI. AKU TAK PENAH NIAT NAK PUTUS KAWAN DENGAN KAU. DELETE BAGAI. OKEY, FINE. DULU KAU PUN SAME MACAM KITORG TAK SUKE DIA. KAU KAWAN PUN SEBAB .. HMM PAHAM SENDIRI LA KAN. PASTU SEKARANG HANG YANG LEBEH. ITS MAYBE OVER FOR YOU. FOR ME NOT ! THANKS FRIENDS !

Friday, November 26, 2010

Kamsamida

video

THANK YOU NURUL ASHIKIN.

I LOVE YOU !

I'm back.

Hallo ! Hallo ! Saya sudah kembali. Exam SPM dah bermula. Yaaa, ia start masa birthday sayaaaaaaa. haha. Thanks for the wish ye. Thanks a lot, boys and girl. Lagi 6 subject je tinggal. huiiiiii, cuak kebebeh. &&&& paling penting tak sabar nk merdeka. Betul tak kawan kawan? haha. Okayyyy, wish me luck! Thank you.

Saturday, October 16, 2010

Tengok ni !


Hah, tgk yang hujung tu. Scary, man ! haha. Cube korang bayang kan kalau korg tido sorang sorang. Sekali pusing, ade makhluk. Wow ! Ni sebaek tido ramai ramai. Kalau tak, jadi keras la korang. Membatu. Confirm ni hostel. Pengajaran nye, kene la penuh kan katil time tido. Baru selamat. Haha.

SPM = SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.

Takot oh. Tinggal lagi sebulan lebeh je. Banyak lagi subject yang aku lemah. terutama subjek elektif. HANCUR ! So, lepas ni aku akan stop kejap blog, facebook sume tu. Nak struggle an. Maybe tak update dah blog ni. Tunggu 21 November baru update kot. okey, kawan, WISH ME LUCK okey. Doakan result saye best of the best eh. Thank you :)

Friday, October 8, 2010

Training & Exam

Penat la doe everyday training je. 2 round pulak tu. Mmg terbaek ah. Bak kate 'C' ''NGAM HABES AA.'' Haha. Ooh lupe, act aku masok larian nike tu. Yg kl lwn singapore tu. Rm 10k hadiah die. Kaye oh sape yg menang tu. Hari ahad baru dpt baju nike. Dri fit la siot. Mmg fit la kalau aku pakai kan. Haha. Colour die pn cantek. Ade org kate 'confirm tak kene langgar'. Paham paham je la colour die mcm mane. Haha. Petang ni maybe last training. So, bole la aku rest esok.

Hari ni genap 2 minggu aku exam. Trial exam okey. Azab aku dh hampir nk habes. Tp ni baru azab kecil. Azab besar time SPM nnt. Paling bagus depa buat time birthday cek. Hari first pulak tu. Terbaek naa. Sape la yg nk wish kan? Sume dok menelaah buku je. Nk call pn tak bole, aku pn exam jgk. Maxis oii, bole tak postpone kan free call tu ke 9 hb 12? Hee.

Wednesday, September 15, 2010

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya !

Raya kali ni agak bosan oh. Betul tak? Tapi korang maybe tak kot. Aku kat kampung ni rase teramat amat bosan. Maybe sebab raya kali ni hari jumaat. Kaum adam kan kene solat jumaat, so, susah siket la nk bergerak sana sini. Nak tgk tv? Harapan weyy. Tv okey, masalah astro je. Ape masalah die pun aku tak tau la. Uncle aku kate maybe sebab cousin aku kt kampung ni suke sangat maen game pastu maen tarek je wayar kt tepi tv tu. Dah tarek tu bukan nye tau nk tutup astro. Then, tak reti nak update. BENGONG ! Kalau lah die ade kt kampung skrg ni, dah lame aku hentam die. Dan dan balik kampung kt Penang. Bukan nye nk bertanggungjawab. Haish. Habes la kau lepas ni, confirm kene tibai dgn wan. haaha.

Time repair piring astro tu, uncle aku kate korang sume tgk kalau kalau ade signal. nnt jerit kalau ade. Last last, hampeh. Langsung tak bole bukak. Before tu, uncle aku tekan menu, then die tekan ape benda entah, keluar box yang tulis no message. Then die kate 'hah, ape lagi, cepat! sume hantar mesej'. Haha. Sume gelak terbahak bahak. Haha. Dah penat menunggu signal tu, sume blah gerak dapur. MAKAN ! Yeay ! Wan aku masak daging dendeng, kuah kacang, sup tulang kemboja, sayur campur & perut, rendang daging. Bukan main banyak lagi daging die. Aii, maklum lah sembelih lembu seekor. Kate nye nak bagi anak cucu cicit makan puas puas. Aku paling suke daging dendeng. Sedap gile bhaii.

Wehh, sempena hari raya ni, aku nak mintak maaf la ye. Sekirenye aku ade terkasar bahasa, terluka kan hati korang, etc. Mintak maaf tau. :) SELAMAT HARI RAYA.


p/s; aku balek KL esok ! Tunggu ye kawan kawan. ;)

Sunday, September 5, 2010

Sedar.



aku dah berubah ke kawan kawan ?


patot ke aku terus kan benda ni?

aku tak nak bagi harapan !

oh man ! how should i do?



Wednesday, September 1, 2010

ADAKAH ?

adakah aku kuat jealous?

adakah aku sayang kau?

adakah aku kuat touching?

adakah aku lagi pandai dari kau?

aku caring pasal kau? ye ke?

awak nak manje dengan saye? haaha.

macam mane kite bole jadi macam ni?

MALU !

Tuesday, August 17, 2010

Bestfriends Poet.

You're,
my bestfriend,
my companion, my sister or brother,
through good and bad times,
my bestfriend, my buddy, my honey,
through happy and sad moment,
beside me you stand,
beside me you walk,
you're there to listen,
you're there to talk and advise,
with happiness, with smiles,
with pain and tears,
no need to pretend,
you're the true friend.

Bestfriend,
you're my true friend,
you know secret that can't i tell to anyone,
you keep that secret and you're someone to believe,
you're here till the end,
you pull me aside when something ain't right,
talk with me now and into the night,
till it's alright again,
i'm so lucky that I've found,
I know you will be there,
throughout the years,
YOU'RE TRUE FRIEND, MY BFF !

p/s: Ashikin, Fatihah, Dhaniyah, Nayli, Dona, Rejab, Azreen, Daniel, Anuar, Arif. "SAYANG KORANG !"

Monday, August 16, 2010

Tuesday, August 10, 2010

YAY !

PUASE !

SAHUR !

BERBUKE !

TARAWEH !



p/s: aku buat keje jahat hari ni. haaha. PADAN MUKE KAU BEBY KENTUT.

Saturday, August 7, 2010

Sayang.

i like. :)

Friend Forever.

love.

love.

love.

SAYANG !


best tak peluk aku? haha. first time ye? korang takut, malu peluk aku sbb aku garang eh? haha. garang tande sayang tu. :D pape pun, AKU SAYANG KORANG ! -xoxo-

Tuesday, August 3, 2010

DHANIYAH SUHAIMI.


Be strong babe. kitorang sentiase di sisi kau. kau mesti teruskan hidup & focus for SPM. aku nak NUR DHANIYAH yang dulu. sentiase happy, selambe, caring. aku rindu suare kau gelak. aku rindu bile aku datang sekolah je ade kau. dengan muke kau yang selalu senyum. macam menjemput aku kau tau. RINDU weyy. aku rindu nak kene kan kau. *dah ade niat jahat. haaha. Dain , datang sekolah cepat tau. kalau nak ape ape, mintak kat aku eh. aku tolong kau, chaaa. ILY :)

Kenduri.

tayar pancit. terpaksa stay kejap kt tepi highway. best oh . :)

umi, saye & along.

penat ye bang? tp still bole main PS2 an. :D

bertaring la siot gigi budak ni.

koko. *aku tak penah sentuh die. maklum lah takot kucing.

panjang an? wan saye masak. ade 11 jenis. my uncle said 'ni bukan untuk kenduri, ni nak suruh org makan then tido sini'. haaha.

aku suke picture ni. tak tau kenape. maybe menyerlah kot. ooh, btw thanks nini. sebab amek kan picture ni. :)


p/s: sorryyyyyyyyy. malas maa nak nak tulis post. gambar pun jd la.

Saturday, July 31, 2010

Wangsa Walk.

me, ekin & dain. *thanks tiya.

KFC, sebelah Carrefour. ade jamuan PBSM.


gendang.

anthony. masok longkang.

ekin.

tiya.

dain.

tensyen. -__-

1 Malaysia kan?

love this picture.

Score & result. top 5 maaa.


p/s: back to normal mehh. happy ! happy ! :DD

Wednesday, July 28, 2010

MOOD

not in mood right now.

i don't know how to interpret my feelings. OH GOD !

I'M STRESS ! I'M STRESS !

I want to cry but I can't.

I can't concetrate to my study. My friends know that.

" Bagai Panas Mengandung Hujan ". Thats me today. Oh, maybe tomorrow too.

Just laughed for awhile. Thanks, Chaaa. :)

Someone said " mabuk cendawan" to me. But I always say NO. I always deny it.

Hmm, maybe I have to say sorry to everyone. Sorry for everythings I did. Maybe today is 'my last day'. We don't know right? okey, sorry and thanks.




Sunday, July 25, 2010

perfection center.

tahan sejuk. -__-

muke kau bahagia, kawan.

Nayli Qistina.
apekah? *ignore my nose.

time ni, eddie lim tegur. nak snap gambar together. BAHAGIA. haha.
:D

awwww ! haaha. kenape gmbr aku jd blur, kawan?


p/s: bapak sejuk oh kat Perfection tu. aku dah kongsi sweater dengan Nayli. Ekin dgn Tiya. sampai nak menulis pn bukan maen susah lg kau tau. pape pun, td memang best la. TERBAIK ! tempat die BEST gile ! CANTEK ! i likeeeee. :D

Saturday, July 17, 2010

YEAY !

ALHAMDULILLAH. :)

SELEPAS BERAPE MINIT AKU POST PASAL 'PLKN' TU,

AKU TERUS DAPAT MESEJ.

"RM 0.20 PLKN: MAAF! 93****14**** ANDA TIDAK TEPILIH UNTUK MENYERTAI PLKN SIRI 8/2011. TERIMA KASIH"

FUHHH ! TERIMA KASEH BANYAK BANYAK !

DAPAT MESEJ TU JE TERUS MELOMPAT.

NAK MENANGES TAU.


p/s: ape masalah aku ha? nak capital letter je keje. haha. :D

Friday, July 16, 2010

PLKN.

MENAKOTKAN !

KENAPE TAK REPLY LAGI WEH ?

CUAK SIAL !

AKU NAK PEGI TAPI AKU CUAK MACAM TAK NAK PEGI.

HAA, MACAM MANE TU?

HAIH.

PAYAH BEBENOR LEEE.

SUME DAH TAU RESULT. AKU JE BELUM.

YA ALLAH, TOLONG LAH !

p/s: waiting, waiting & waiting. please comfort me, babeyh !

Tuesday, July 13, 2010

Terbuku.

ape nak jadi pun aku tak tau la. haih. masalah la orang mcm ni. payah ! sikit sikit touching. yeeeeee. memang kau transparent pun. puas? kitorang tak nmpk kewujudan kau semalam. lantak kau la nak cakap aku tak puas hati ke ape ke. pulau kan kau ke. tp memang aku tak puas hati. dengan kau ! hmm, walaupun aku gagal, at least aku jujur ! tak macam kau. memaksa orang bgtau ape yang keluar. tp dengan aku maybe kau tak mintak. tapi dengan orang lain, yeeee. cara kau memintak tu, memang pandai. macam kitorang ni kene pukau. mudah terpedaya dengan cara kau cakap. wah ! confirm pensyarah sayang kau nnt. time masuk universiti. syabas, babe ! lately ni memang aku kurang cakap dengan kau. aku tak tau nak cakap ape dengan kau. maybe sebab ego aku ni. kalau kau bace post ni, hopefully kau faham ape yang aku pendam kan. walaupun kite dah kawan lame. kitorang harap kau sedar. tolong tukar attitude kau tu. sorry babe.


p/s: ceramah/ seminar tadi kelakar. bestttttt. :D

Sunday, July 11, 2010

Yesterday.



ECLIPSE !

AKU TAK MINAT ORANG YANG BADAN MACAM JACOB (TAYLOR LAUTNER) TU. EIEE !
MINAT YANG BIASE BIASE JE. HAHA.
THANK YOU, COMEL SEBAB TEMANKAN AKU.

Saturday, July 10, 2010

Pelat

ape masalah dorang ni? nak sangat jadi pelat, jadi la. dah Allah bagi lidah tu elok elok. nak tukar jadi pendek pulak. haih. yeeeeee. sekarang ni dah ade trend terbaru. hmm, baru tu tak la baru sgt. tp bole dikire baru la jgk. heeee. *mcm keling. sekarang orang text gune bahasa PELAT. for me lahh. contoh contoh ayat dorang : sanad, tat, cowi, apew, jugakz, awuck. weh, korang ni masuk tadika ke tak? ape masalah korang hah? pakar bahasa dah sedap sedap bagi perkataan jadi okey. korang memandai mandai je tukar. hish hish hish. teruk ! macam mane la BM korang kt sekolah eh. hushh, tak boleh bayang kan. then, dah elok ade 3-4 huruf kat ayat tu, korang tukar. tambah s la, z la. mcm mcm. haiii, kalau ade orang text aku ke , comment ke, ambil masa tau nk terjemah kan. tak pun aku tak reply terus. haaha. kesian orang tu. padan muke ! laen kali senang kan orang. jangan susah kan orang. faham? chop ! korang tau an ape maksud sanad, tat, cowi sume tu? sape yang tak tau. ni hah, sanad : sangat, tat : kat, cowi : sorry, apew : apa , jugakz : juga, awuck ; awak.


ada lagi satu, taip/ tulis huruf kecik besar kecik besar. perghhh ! berseni betul. mesti tangan kau tu hebat an. mane tak nye, kejap kejap tekan SHIFT. weh, tolong lah. repair la cara kau text tu. ni untuk kebaikan korang jugak. korang tau tak? bahasa melayu ni dah cukup indah tau. tolong la ! tolong tukar cara tukar cara korang tu. boleh?


okey, sape yang dah bace post ni. kalau korang nak kutuk aku balik, kutuk la. tak kesah pun. tu hak korang. sebab korang pun ade pendapat korang an pasal gune ayat SKEMA. B-)

so, sebab blog ni blog aku, aku punye suke la an nak kutuk, hina, maki orang an. betul tak, para blogger? yeah! two thumbs up. for your information, aku ANTI gile orang taip macam ni. okeyyy, sape yang terasa, sorry guys. ;)

Thursday, July 8, 2010

Random.

my result was okey. improve, babeyh ! yeay ! thanks, GOD. :)

.......................................

nothing happen today. just have report card's day for form 1, 2, 3 and 4.



p/s: aku tak suke sangat dengan perangai kau yg suke KIPAS cikgu tu. then, nak BULI aku & teeett. tolong la ubah perangai kau tu. aku tunggu masa je nak tegur & sound kau. aku & budak lain malas nak tegur kau. nnt kau cepat TOUCHING. tau la kau tu anak pmpuan satu satu nye. manjeee ! weh, tolong la kau ubah perangai kau tu. kau tu dah la pegang jawatan agak besar kat sekolah. tolong yeeee, tolong ubah perangai & sikap kau tu. THANKS, babe !

Wednesday, July 7, 2010

Main hujan. =,=


BESSSTTTTTT!



gile gile gile gile best ! dah lame tak main hujan. last main time primary school kott. time main hoki. wahhhh ! saya rindu time main hoki. mase darjah 5, hoki hantar 2 group untuk pmpuan. group A & B. saye dalam group B. saye jd penyerang. besttt doe jd penyerang. mcm ketua. tp saye bukan kapten. kapten saye jd defender. kitorang penah jadi johan time lawan dgn CBN. padan muke ! dah la main asyek tercabut je kasut. wow ! dapat emas. dah menang tu kitorang maen air yg pancut pancut tu. best gile. macam air hujan benda tu.


Geng hoki saye : Farahin (paein), Rohasliatika (ros), Izan Nurshuhada (izan), Amanda ( die ni bdk 5G, schoolmate la skrg ni. tp tak tegur dah), Siti Zulaikha ( schoolmate too, 5N), Fatihah Kamarudin, Ain. yang lain aku tak ingat. sorry, babe. btw, thanks cikgu FARID. *cikgu ni hensem. haha.



eh eh, tgk ! korang ni bukan nak tegur aku. aku dah jauh menyimpang. haih. td kan hujan, aku dan geng main hujan. sape la ajak ni. weh, aku sayng korang. korang dah kembalikan mood aku hari ni . haha. selepas kejadian di makmal komputer. cehh, cite nak gempak je. padahal botol je retak & pecah. tp td tak cukup sorang maaa. ekin ade nasyid. tak pe la. laen kali kite maen lagi eh? maen hujan ni kene muke tebal sbb ramai yang akan tgk nnt. then, dorang kate 'eiie, tak malu ke bdk bdk ni? gedik ke?'. eleh, cakap je la nk join. kan senang. haaha. sampai rumah, lenjun bhaii. kasut aku yg kotor tu terus jd bersih. thanks, hujan. ;) okey la, bye ! eh, korang try la main hujan. besttt ! tak payah malu. byebye.

Sunday, July 4, 2010

GERMAN !

why why why why why ??! 4-0. haiya. argentina kalah meh. German ambil dadah ni. main rasuah. hishh. geram geram ! grrrrr ! untuk sejuk kan hati, tak pe, Spain ade. tunggu kau German. tak pegi jauh nye team kau tu. balik la, pegi bunuh sotong ajaib kau tu. tau tau? :D


p/s: semalam saye beli t-shirt german kat jalan TAR. ;P

Saturday, July 3, 2010

Kalah ?

tak sangka. Brazil kalah meh. buat bersabar ye kawan ku, ekin. haaha. then, Ghana pun same. haih. kesian bebenor kat team dorang ni. mak aku kate, orang Uruguay tu makan orang. eh, ye er? haahahahaha. pandai je umi ni. yeah ! malam ni, team aku main. ARGENTINA ! go babeyh go ! go Messi ! go Gonzalo ! do the best ! pukul 9.30 aku akan conquer tv.


*korang jangan caye ramalan sotong ajaib tu. tipu je tu. tau tau?


p/s: semalam ade couple gadoh kat belakang rumah aku. HEBAT ! DASYAT ! siap maen hempas motor lagi. hish hish hish. tak sayang motor ke? kalau tak nak bagi aku. :DD

Friday, July 2, 2010

World cup.

ARGENTINA ! yeay ! my team. GO ARGENTINA GO!

ARGENTINA !

ARGENTINA!

ARGENTINA!

p/s: malam ni, holland vs brazil. ;)

EXAM !

yeay! exam nak habes dah. tinggal 2 hari lagi. 5 paper lg tinggal untuk dijawab. maths 1, biology 3, chemistry 1, physics 1 && add maths 2. wth ! paper 2? mampus gue. die ! die !

korang korang. nak dengar cite tak? time exam sejarah td, GEMPAK ! eh, gempak sangat ke? korang follow la cite ni. soalan sejarah paper 2, HEBAT ! 'senang' sangat. two thumbs-up, babeyh. seperti biase, dah habes jawab. termenung. itu memang wajib. pandang kiri pandang kanan. kanan, ade Dona & Nayli. kiri, Ekin, Shaun & Grace. today, dona absent. *tak ready nak amek exam la tu. haaha. okey okey. lets continue to my story. time pandang ke kiri. aku melihat sepasang 'suami isteri' ni bergelak. dorang berborak. ape lagi, join the club la an. Ekin memulakan ceritanya dengan menarik sedikit tudungnya ke depan. && miming kat aku. tp... aku tak paham. haih. kringggg! loceng berbunyi dan paper exam dikumpulkan. rehat, semua story aku tau. kuang ajoo! kau manusia bertopengkan pipi yang merah je. teruk betol perangai kau. okey. lets name this genie 'K'. memang sesuai K untuk kau.

E : tadi 'K' tiru.
S : yeeeee, die tiru.
F ; tiru? tiru dari siape?
E & S : dari gadjet die. die baring. then, copy. bla.. blaa... blaa.

Sape nak tau lebih lanjut. jumpe saya atau hubungi saya. ;DD

wahai 'K', aku yang bodoh ni pun tak penah ade niat nak buat mcm tu. tak terfikir pun tau. haiii, berubah la. dah la budak budak lain kate, semua paper kau buat macam tu. hish hish hish. kau kene berubah. sebelum kau kantoi ! ingat ni tau. tau tau?

Friday, June 11, 2010

SCHOOL.

SCHOOL? Ape yang best kat situ eh? Ade cinema ye? KFC kat situ? Or jenama kasut? Haahaaha. Bengong an. 'School' , of course la sekolah an. I need idea maa for my essay. haiya. idea! idea! hello? idea! Where are you now? *Justin Bieber's song. I need you! Please... I need you, idea.

karat.

yeah!

karat an?

haa, tak paham ape benda yang karat?

laaa, my blog la.

okey, ia akan di greese kan. :DD

Friday, May 28, 2010

Monday, May 24, 2010

update?

maaaaalaaaaaaaaaaaaaas.
-________________-

haahha.
weekend baru update. dengan video, gambar & cerita cerita menarik.
hoho.



B to the Y to the E. ~

Wednesday, May 19, 2010

mata empat.

memang ahh kau. siootttt. dah la memandai mandai je kau bagi hak aku kat 'dia'. tak mintak izin pulak tu. bila tanye tak mengaku pulak tu. kate "tak. mane ade. " wah, pandai kau berahsia ye. dan pandai kau menipu ye. hmm. suke ye buat orang begini. nak kate kawan.. kawan tu memang la kawan. && maybe kita tak kan jadi macam dulu. gila gila sume tu. tak kan dah. haish. malas aku nak pandang muka kau dah. hmmm, okey la. malas nak bercerita lebih lanjut lagi pasal kau. bye, arjuntan. :DDDDD

p/s: tiada kene mengena dengan budak kelas sains.

Thursday, May 13, 2010

busy.

yeah. itu keadaan buat masa sekarang. pluss aku malas sedikit. haaha. mane tak nye. aku still letih lagi lepas balik kem PBSM tu. sampai tertidur dalam kelas. first time wey, aku tido dalam kelas. tak sangka makk. haaha. kalau tido pn, just pejam mate. tp tak tido pn. pejam pn untuk teman ekin je. hoho. teman sejati bhaii. eceh. nak cite sikit ni, tadi bukak hamper. 2 der, group terbaik and khemah tercantik. kami 'menjemput' rejab, anuar and arif. untung korang. dapat free. so, dh bukak hamper sume tu. dorang blah. aku and arif gay je tinggal. segan pun ade la. hehe. aku je byk tanye. die pendiam ahh. ape ni der? laki ahh patot byk tanye. hoho. tapi x pe. sebab kau an ******* aku. so, aku x kesah. okey. the end.


p/s: satu kelas tahu kot bau tu. haaha. yeah, suspect aka bawang. :D

Thursday, May 6, 2010

HOT.

tu yang kau panggil aku an. kau kate aku and geng aku yang malu kan nama sekolah ye. pasal buat video bad romance. eyy, der, lu ketinggalan zaman ape eh. kitorang dah delete la der. dah lame ahh. dah 3 bulan orang x sebut pasal bende ni. yang lu nk ingat an balik pasal?!! kau tu yg serang aku tak tentu pasal. tak bgtau nama. nak mengarut lucah sume. weh, kau. aku ingat ah agame aku. x macam kau. aku still igt lagi ahh perkataan arab yang aku belajar. fyi, aku budak kelas arab ahh dulu. first first kau dah cakap kat aku kepala otak. memang aku naik angin ahh. kalau kau kawan aku tak pe la jugak. aku faham. tapi ade ahh batas. x de la sampai cakap "cork". aku pn x penah ahh cakap kerbau pendek sume tu. then, last text kau tulis ayat gedik tu. lagi ahh aku menyirap dengan kau. hot = howt. kot = tot. memang tot tot la kau. lidah kontot ke pe lu der. siap suruh bagtau lagi, kalau ade video terbaru bgtau. ehh, minachi, apek, chaaa, lu buat dulu la. kate lu pn hot jugak. mengaku pulak tu. budak hot pn tak akan mengaku la der. lu perasan ahh. lagi satu, lu yang poyo. marah memang ah aku marah. tapi aku malas nak layan kau. mulut orang tak boleh tutup. baik aku focus SPM yang akan menjelang.

p/s: esok balik awal. yay! :D

Wednesday, May 5, 2010

today.

bored. bored. bored. bored. bored. bored.

tadi di sekolah kami tidak belajar. kami tidur. kami menyanyi. kami lepak. kami makan. noktah. ;)

di bawah terdapat ganbar-gambar persatuan sains. kami melakukan eksperimen tentang ester. tukang melakukannya yashvon a/l silvadurai. kami tak mampu melakukannya kerana pening. bau ethanol memeningkan kepala. at last jadi tapi tidak pure. kami tak buat kondensasi.



apparatus.


experiment.


sempat lagi. :D


blue flame.




cikgu Nadia.


leader.



bunsen burner.

yashvon, kamaruddin, izwan.



p/s: gune ayat skema hari ni. ;)