Wednesday, April 27, 2011

Malu

Okey, hari ni aku nak cite pasal kejadian malu aku kat korang sume. Act, kejadian malu yang aku nak cite berlaku sejak aku form 1. Kire high school time la. Enjoy (:

Form One.

*Malu pertama : Hari pertama masuk sekolah. Confirm la malu an. Budak baru. Sume pandang. Sebab aku ni masuk lambat siket. Sebelum ni aku pegi orentasi kat Zon R1. So, agak noob bile sampai kat Seksyen 2. Sebaek ade Adibah (kawan sekolah rendah). Dia kenal kan aku dengan Ashikin. Sampai sekarang la kite kawan.

*Malu kedua : Bila budak baru masuk kelas, mesti cikgu akan sebut nama an. & cikgu cikgu selalu sebut nama aku salah. Dorang pi sebut SHARIFAH. Mak aiii, dah lari maksud nye tu cikgu. Ramai gelakkan aku. Malu gilaaa.

*Malu ketiga : Bila kene pakai braces. Before tu, kene cabut gigi 4 batang dulu. 2 atas, 2 bawah. Dah macam orang tua aku. Haha. Dah la masa gigi aku rongak sana sini, kene buat persembahan tabibullughah. Alaaa, nyanyi perkataan arab tu. Then, kene duduk baris depan. Memang orang akan nmpak kerongakan aku. Haha. Tapi tak pe, still menang. Lepas pakai braces, lagi la teruk kene ejek. GIGI BESI, GIGI BESI ! Malu laa orang panggil macam tu. Ce panggil si braces. Haha.

Form Two.

*Malu pertama : Aku kene duduk sebelah budak pandai. Aku terpisah la jugak dengan group aku. Padahal dorang duduk belakang, tepi aku je. Bila dah duduk sebelah budak pandai, mesti la rasa rendah diri & malu. Bila dapat result, mesti tanya sane sini. Tapi alhamdulillah. kedudukan aku dalam kelas Top 10. *bukan nak riak. nak share (:

*Malu kedua : Kat kantin time malu ni. Aku terpegang tangan laki. Padahal aku nak tarek tangan kawan aku, Nadhirah. Sekali aku tengok, asal besar semacam. Gelap je. Sekali tangan junior aku la. Haha. Merah padam muka aku.

*Malu ketiga : Dari awal tahun smpai hujung tahun kene bahan GIGI BESI. --'

Form Three.

*Malu pertama : Tak silap aku kejadian ni bulan mei tak pun julai. Hari tu aku memang masuk lambat gila dari orang laen. Time dorang tengah rehat baru aku masuk. Dengan muka bangga aku pegi kantin, tempat group aku makan. Dengan bangga lagi, senyum lebar. Tarrrra, braces dah tak de. Cantik tak gigi aku? Haha. Lepas bukak braces pun malu jugak. Ingat bole bangga. Lagi kene bahan, "woii, mana besi kau?" Ngeng betul, dah cabut la. Haha.

*Malu kedua : Time form three pengetua ajar kitorang math. Aku rase dia tak reti sebut nama aku. Bole pulak dia kate parents aku salah letak nama. Dia kate macam ni, "parents awak nak letak nama SHARIFAH ni. Dia tersilap" Errrr okay -.-

Form Four.

*Malu pertama : Dapat tawaran pegi Sekolah Bandar Tasek Selatan, asrama la. Sane ade arab. Aku pun dengan berat hati, pegi je la. Sebab last minute. Tak sempat nak jumpe kawan kawan aku. Dalam kete aku diam je. Takut sume ade. Sampai sane daftar bagai, masuk kelas, belajar. Dalam kelas aku menanges. Pandang luar je. Pastu ade pulak budak laki pegi pandang aku. Malu tahap ape dah aku pun tak tau. Petang tu call umi, cakap suruh amek balek. Menanges nanges. Non stop weh aku call umi. Esok tu pegi sekolah. Sebelah je. Balek je, terus call umi. Umi kate nnti call balek. Petang tu ade riadah bagai, orang sukan aku pegi public. Aku call sambil nanges teresak esak. Umi cakap pandang belakang. Aku lari weh. Terus peluk umi. Umi cakap pegi packing barang. Kakak sedara aku pun ade. Ape lagi, blah la. Esok nye tu yang malu, masuk sekolah lama balek. Sume pandang. Bile masuk pejabat ke bilik guru, cikgu cakap "eh, dah balek dah". Senyum kambing je la aku. Haha. Mane tak nye. 2 hari 1 malam je aku stay sane. Sampai sekarang aku ingat kes ni. Haha.

*Malu kedua : TAK DE PAPE. HAHA

Form Five.

*Malu pertama : Dah senior weh, bangga bangga. Asyek dapat result teruk je. Tu la, time form four maen maen. Gedik. Bila exam je dah terkontang kanting kau. Result teruk tu yang membuat kan aku malu. Kawan kawan punye result cemerlang, not bad. Aku hampehhh. 3 atau 4 subjek mesti failed. Yang failed tu mesti la elektif. Haishh, teruk.

*Malu kedua : Time graduasi. Baju aku dah la besar & tak sempat nak kecikkan tepi tu. Aku pun bantai pakai pin besar kat belakang. Nmpak fit sikit. Haha. Make up bukan maen tebal. Kasut nak 3 inci je. Jalan dah nak kene orang support. Maklum la tak biase. Bila acara akhir je, top 10 prince & princess kene naek pentas. Nama aku ade. Tak sangka eden. Hihi. Tak menang pun. Mane tak nye, aku melompay, jerit sana sini. Haha. Tak sopan langsung. Haha.

Smpai situ je la. Sebab lepas graduasi, kitorang focus untuk SPM. Tak de mase nak malu sume dah tu. Haha. Cerita ni boring an? Tak de klimaks bagai. Haha. KBaiii :)

No comments:

Post a Comment