Saturday, December 22, 2012

Classmates & teachers


Mukadimah saya dahului dengan Assalamualaikum & salam 1 Malaysia. Wahhh, gitu. This is all of my classmates and teachers. We're go through hard and a happy time together. Haa, biasalah. Setiap persahabatan ada pergaduhan dan gelak ketawa. Actually, gambar tu buat untuk majalah sekolah. Tapi Tot dah siapkan. Haha, aku ni je lambat siapkan. Thanks a lot Tot sebab siapkan. Aku tahu kau rajin an? Nanti aku belanja gula-gula. Hoho. Okey, lets start the story. 

Muka kitorang nampak matured tak? Haa korang jawabkan bole? Sebab tak reti nak tafsirkan. Otak kitorang ni gila-gila sikit, payah nak serious. Harapkan umur je la 19 tahun tapi otak di luar landasan. Haha.  Kesian jugak aku kat Sir Karthik. Kekadang terpaksa layan kerenah kitorang. Paling best, dia pun layan sekali. Haha. Aku rindu betul dengan lawak-lawak Sir. Sumpah kelakar bila dia kutuk isteri dia buat cake. Nak cucuk lilin dekat cake sekali tenggelam. Tengah tu kosong. Satu kelas gelak. Lagi satu dia suka letak tangan kat dada, "Huhh sakit dada saya" dengan betulkan seluarnya. Yaa, I miss Sir karthik. Sir, thanks a lot for being our class teacher. Sudi mengajar kami semua dengan bersungguh-sungguh, bagi nota, latihan, kuiz & kerja berkumpulan. Hopefully, segala usaha kitorang terbukti dekat atas slip result STPM. Aamiin. 

About our Madam pulak, she's vogue & love gossip. Hmm maybe. Kuikui. Dia ajar kitorang MUET. Alhamdulillah, hampir satu kelas pass. Tapi kitorang semua nak re-seat balik. Nak dapatkan band yang lagi terbaik. Doakan kitorang dapat result yang terbaik ye? Hee thanks! Bytheway, thanks Madam for being our MUET's teacher.

Let me tell about Cik Suhaibah. Ops Puan Suhaibah la. Sebelum terlupa, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru cikgu. Semoga kekal hingga ke akhir hayat bersama suami tercinta. Agaknya tak terlambat lagi. Hee.  Tak sangka betul cikgu dah kahwin. Tuptup dengar dari Ekaa, cikgu dah kahwin. Pandai cikgu buat suprise. Haha. Happy betul kitorang dengar cikgu dah kahwin. Hee. Okey, Cikgu Suhaibah ni ajar kitorang Bahasa Malaysia & juga penolong kanan tingkatan 6. Orangnya comel sungguh. Dulu kemain susah nak gelak, tapi akhirnya berjaya jugak gelak. Comel jugak cikgu gelak & dah pandai bergurau sekarang ye. Haha. Terima kasih cikgu sebab ajar kitorang. Banyak dah latihan, tips cikgu yang kami semua applykan time exam. Sayang cikgu! 

Haaa Cikgu Sree pulak. Dia ni baik hati betul. Walaupun macam kelam kabut tapi cikgu rajin. Suka betul bergossip dengan cikgu ni. Ce teka dia ajar apa? Haa dia ajar sejarah. Ingat senang nak ajar sejarah? Dia suruh kitorang hafal macam macam dari buku modular tu. Hambik kau, aku seronok betul ape yang keluar time exam tu. 4 jenis sejarah kau kene hafal. Sejarah Malaysia, Tamadun Dunia, Tamadun Islam & Tamadun Islam. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Thanks Cikgu! xoxoxo

Lastly, cikgu Haslinda. What a lovely teacher. Aku suka betul cikgu ni senyum. Sweet je. Hee. Dia ni ajar Pengajian Am. Subjek wajib lulus tu weh! Dia terror math. Alhamdulillah time exam tu bole buat graph semua. Favourite student cikgu tu Tot takpun Chong. Hee. Sebab dorang ni pandai tau Pengajian Am. Tu tanggapan aku lah. Orang lain tak tahu la. Muehehe. Bytheway, mekasih cikgu! Nanti ketemu lagi ye? xoxoxo

Pasal classmates? Next post la eh. Enough for today. Bosan dah rasanya korang baca. Kan? I know it. Kihkih. Okay, selamat tinggal & assalamualaikum pembaca sekalian.



Tambahan : Majlis merisik dah selesai & tanpa disangka terus bertunang. Mahu tahu lebih lanjut? Tunggu. 

No comments:

Post a Comment