Sunday, December 23, 2012

Tips temuduga

Hello hello. Mari mari. Dengar ini tips untuk para penganggur sekalian. Included me. Hai, kita sama. Sepp sikit. Haha. Tips ini diambil daripada blog Wanista.my . Go and read that blog. Banyak info. Bole follow dorang jugak dekat twiiter. Haa, lagi satu dorang rajin giveaway barang. Tu yang seronok!


Apa aspek yang perlu diberi penekanan semasa ditemuduga? Sebenarnya ada 7 aspek utama yang perlu diberi penekanan iaitu :
  • Sahsiah diri
  • kelayakan
  • pengetahuan am dan hal ehwal tempat kerja
  • Pengalaman kerja
  • Kebolehan memimpin
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan ataujawatan yang lebih tinggi
Ada yang bertanya, perlu persediaan ke sebelum ditemuduga? Jawapannya, mestilah. Antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum menghadiri temuduga adalah :
  • Membuat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan yang dipohon.
  • Mengemaskini pengetahuan mengenai tempat kerja yang dipohon dan pengetahuan am semasa.
  • Mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada rakan ataupun mereka yang berpengalaman serta berpengetahuan. Berkeyakinan dan tidak gemuruh.
  • Membuat latihan temuduga (mock interview) bersama rakan jika perlu.
  • Mendapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga.
  • Beranggapan temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu.
  • Berdoa untuk kejayaan.
  • Pastikan dokumen-dokumen berikut disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya dalam folder yang lut sinar (transparent).

Sebenarnya semasa temuduga ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Kadang-kadang benda yang bagi kita nampak simple, merupakan benda yang besar di mata penemuduga yang itu juga mungkin menjadi faktor kita gagal dalam temuduga. Contohnya seperti datang lambat ke sesi temuduga, terlalu yakin, pakaian tak sesuai dan juga bahasa yang digunakan semasa temuduga tidak bersesuaian.

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum temuduga seperti :
  1.     Baju hendaklah digosok dengan rapi dan juga bagi wanita, jangan pakai pakaian yang menjolok mata.
  2.     Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan posisi yang anda pohon.
  3.     Duduk dengan tertib semasa temuduga. Jangan duduk terkangkang pula dan posisi badan hendaklah lurus   dan tegak.
  4.     Menjawab soalan yang ditanya dengan yakin walaupun anda ragu-ragu dengan jawapan anda.
  5.     Memohon maaf sekiranya tidak jelas dan minta ulang soalan dengan tertib. Jika anda tidak tahu menjawab soalan, jawab dengan jujur anda tidak tahu menjawab soalan itu ( jika soalan fakta ) tetapi beritahu penemuduga anda boleh belajar dan ingin belajar mengenainya.
  6.     Menggunakan Bahasa Malaysia standard / bahasa Inggeris standard. Kalau boleh elakkan bahasa campur-campur.
  7.     Menggunakan intonasi yang sesuai
  8.     Menggunakan gerak badan (non- verbal communication) yang sesuai
  9.     Memandang ke arah panel semasa menjawab soalan
  10.     Sentiasa senyum dan ceria. Walaupun anda sakit atau ada masalah peribadi, penemuduga tak tahu anda menghadapi masalah itu dan mungkin tidak mahu tahu. Jadi perlu berlakon sedikit nampak gembira dan tunjuk gerak badan yang menampakkan anda bersungguh untuk mendapat kerja itu.
Ada beberapa perkara yang tidak boleh anda lakukan sebelum temuduga seperti :
  1.     Berseluar jeans atau berseluar ketat bagi lelaki, bagi wanita, memakai pakaian yang menjolok mata
  2.     Mengenakan pakaian yang jarang dan nipis.
  3.     Memakai sandal atau kasut sukan.
  4.     Duduk bersilang panggung dan menggoyangkan kaki semasa temuduga. Itu menunjukkan anda gugup, tidak selesa dan seolah-olah tidak hormat pada penemuduga.
  5.     Berbohong. Jangan sesekali berbohong terutamanya mengenai pengalaman kerja, akademik dan juga mengenai hal peribadi anda.
  6.     Memotong percakapan panel
  7.     Memberi jawapan yang meleret- leret dan tidak relevan dengan soalan yang ditanya.
  8.     Menggunakan dialek daerah. Ini sering dilakukan secara tidak sengaja oleh calon dan sila praktis penggunaan bahasa yang betul.
  9.     Menjawab soalan dengan menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan berbaur politik ketika ditanya.
  10.     Bersikap agresif
  11.      Mengutuk atau menghina individu tertentu
  12.      Bercakap terlampau laju
  13.     Menuding jari kepada panel
  14.     Memandang ke arah lain

Saturday, December 22, 2012

Classmates & teachers


Mukadimah saya dahului dengan Assalamualaikum & salam 1 Malaysia. Wahhh, gitu. This is all of my classmates and teachers. We're go through hard and a happy time together. Haa, biasalah. Setiap persahabatan ada pergaduhan dan gelak ketawa. Actually, gambar tu buat untuk majalah sekolah. Tapi Tot dah siapkan. Haha, aku ni je lambat siapkan. Thanks a lot Tot sebab siapkan. Aku tahu kau rajin an? Nanti aku belanja gula-gula. Hoho. Okey, lets start the story. 

Muka kitorang nampak matured tak? Haa korang jawabkan bole? Sebab tak reti nak tafsirkan. Otak kitorang ni gila-gila sikit, payah nak serious. Harapkan umur je la 19 tahun tapi otak di luar landasan. Haha.  Kesian jugak aku kat Sir Karthik. Kekadang terpaksa layan kerenah kitorang. Paling best, dia pun layan sekali. Haha. Aku rindu betul dengan lawak-lawak Sir. Sumpah kelakar bila dia kutuk isteri dia buat cake. Nak cucuk lilin dekat cake sekali tenggelam. Tengah tu kosong. Satu kelas gelak. Lagi satu dia suka letak tangan kat dada, "Huhh sakit dada saya" dengan betulkan seluarnya. Yaa, I miss Sir karthik. Sir, thanks a lot for being our class teacher. Sudi mengajar kami semua dengan bersungguh-sungguh, bagi nota, latihan, kuiz & kerja berkumpulan. Hopefully, segala usaha kitorang terbukti dekat atas slip result STPM. Aamiin. 

About our Madam pulak, she's vogue & love gossip. Hmm maybe. Kuikui. Dia ajar kitorang MUET. Alhamdulillah, hampir satu kelas pass. Tapi kitorang semua nak re-seat balik. Nak dapatkan band yang lagi terbaik. Doakan kitorang dapat result yang terbaik ye? Hee thanks! Bytheway, thanks Madam for being our MUET's teacher.

Let me tell about Cik Suhaibah. Ops Puan Suhaibah la. Sebelum terlupa, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru cikgu. Semoga kekal hingga ke akhir hayat bersama suami tercinta. Agaknya tak terlambat lagi. Hee.  Tak sangka betul cikgu dah kahwin. Tuptup dengar dari Ekaa, cikgu dah kahwin. Pandai cikgu buat suprise. Haha. Happy betul kitorang dengar cikgu dah kahwin. Hee. Okey, Cikgu Suhaibah ni ajar kitorang Bahasa Malaysia & juga penolong kanan tingkatan 6. Orangnya comel sungguh. Dulu kemain susah nak gelak, tapi akhirnya berjaya jugak gelak. Comel jugak cikgu gelak & dah pandai bergurau sekarang ye. Haha. Terima kasih cikgu sebab ajar kitorang. Banyak dah latihan, tips cikgu yang kami semua applykan time exam. Sayang cikgu! 

Haaa Cikgu Sree pulak. Dia ni baik hati betul. Walaupun macam kelam kabut tapi cikgu rajin. Suka betul bergossip dengan cikgu ni. Ce teka dia ajar apa? Haa dia ajar sejarah. Ingat senang nak ajar sejarah? Dia suruh kitorang hafal macam macam dari buku modular tu. Hambik kau, aku seronok betul ape yang keluar time exam tu. 4 jenis sejarah kau kene hafal. Sejarah Malaysia, Tamadun Dunia, Tamadun Islam & Tamadun Islam. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Thanks Cikgu! xoxoxo

Lastly, cikgu Haslinda. What a lovely teacher. Aku suka betul cikgu ni senyum. Sweet je. Hee. Dia ni ajar Pengajian Am. Subjek wajib lulus tu weh! Dia terror math. Alhamdulillah time exam tu bole buat graph semua. Favourite student cikgu tu Tot takpun Chong. Hee. Sebab dorang ni pandai tau Pengajian Am. Tu tanggapan aku lah. Orang lain tak tahu la. Muehehe. Bytheway, mekasih cikgu! Nanti ketemu lagi ye? xoxoxo

Pasal classmates? Next post la eh. Enough for today. Bosan dah rasanya korang baca. Kan? I know it. Kihkih. Okay, selamat tinggal & assalamualaikum pembaca sekalian.



Tambahan : Majlis merisik dah selesai & tanpa disangka terus bertunang. Mahu tahu lebih lanjut? Tunggu. 

Thursday, December 20, 2012

Come back.


Hohohoho I'm back, readers! Dekat setahun lebih agaknya tak post some news about me. So, I wanna say sorry to you guys. Maafkan ke tak ni? Alololo sorry la. Nak buat puppy eyes ni. Nak buat ni, nak buat ni. Haha. Mana taknya. This year banyak sangat aktiviti. Pastu kena stopkan la aktiviti menulis blog ni. Korbankan kata orang. Sampai facebook pun, jarang on. Memang jarang gilalah! Just masukkan gambar je untuk orang tengok. Tapi tak sempat mana pun nak reply comment orang. Tapi satu je la tak bole korban.  I'm too addicted with this social network, twitterak bak kata MR. Yaa, 24/7 on memanjang. Orang hacked pun tak sedar. Kwangjakkk betul! 

So, after this blog ni akan dipenuhi dengan gambar-gambar yang selama ni ditangkap oleh saya. Just wait and see. Alaa gambar-gambar ni semua daripada aktiviti-aktiviti sepanjang tahun ni. Boleh dikatakan banyak jugaklah. Travel sana sini, keluar sana sini, event sana sini. Fuhhhh. Lotih mak aih. Tak padan dengan nama calon tahun terakhir STPM untuk terminal. Kihkihkih. Yeayyy, finally freedom to dom dom dom. Hahaaha. Tak puas lagi ke? Haa tunggu. Lepas ni banyak lagi post. Menganggur la katakan. So, see ya! Assalamualaikum & Byebye !

Sunday, December 4, 2011

Storm Boat

Hari tu kitorang se-family pegi Port Dickson tau. Saje saje nak relax. Padahal kitorang adek beradek dan niat nak naek Storm Boat atau kitorang panggil Sofa Boat. Bole naek 3 orang je. Tengok ini gambar la kan : -

Hah, tu kitorang. Tengah tengah tu. Lihat lah awannnn ~ Sheram nih ! Hahaha.

Lepas maen benda ni, terus hujan. Still maen air jugak. Pastu teringin nak maen Banana Boat. Ajak la umi ayah. Tapi dorang tak nak. Banyak alasan nye. Takot letuwww. Hhaha. Ce korang fikir, kalau kitorang maen pun jatuh ke tak Banana boat tu kalau kitorang 3 orang maen? Takkan? Tak best la macam tu. Last last, ade budak laki dari Shah Alam ajak kitorang maen sekali. Dia panggil aku Kakak ! Okey, Kakak -.- Wehh, kite kire sebaya tau. Tapi takpe, sebaek pakwe aku lagi hensem. Hahhaa. K bole diam. Perghh, time naek tu si chubby yang budak Shah Alam tu bole bising mengalahkan pmpuan. Dia punye takot mak aii. Cakap macam macam. Sampai habes maen bising lagi. Tapi sumpah seronok tau. Jatuh dua kali. Telan la air masin tu. Hahaha. Akibat letih, sampai ke malam membutoooo. Hhahha. Tengok la gambar yang ade kat PD ni. Tp kat laut je la. Selebihnya ade kat twitter dan facebook. Tehehhe.

Defuk ! My handddddddd ~



Heyyo


Perghh, dah lame tak update blog. Al-maklumlah busy memanjang buat kerja laen. Hahah. Shafirah ni choiii -.- Gonna update more about err anything maybe. Hahha


Saturday, October 1, 2011

Here.

Today : Meet Catriona Ross at Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Ade program Raudhah TV9. She was share about her experience and penghijrahan beliau. Wahhh, gitu. Haha. Putih gile oh dia ni !


Tuesday : Err maybe broadway. I don't know --' Type of dance : Ballet & twist. Hoho. Yess, we made it and really enjoy it.



Wednesday, September 21, 2011

Broadway



AGAIN AND AGAIN.
BROADWAY SHOW ! 
BUSY, BUSY AND MORE BUSY
-.-


Tuesday, September 13, 2011

Almost done !


Almost done with Majlis Penutup Minggu Pss & Sambutan kemerdekaan ! Yeayyy.

More presentation. More more and more. 

I want 'cucuk' my head with this arrow. Something that always play in my mind. Hey, get out la !
 For sureeeeee la guys. Update at FB, twitter and so on.



p/s : I'm so tired today. Baboiii.



Tuesday, September 6, 2011

In my mind

Sweet Holiday or Honeymoon. Takde orang kacau. Hoho. 


Okey, ni penah di mentioned oleh nye. Hihi. Yes, he's my first love. Fullstop.

Hopefully :)

Hopefully too. Sumpah nak macam ni. Can? 

Yes dear, my Boboiboy. Ilovechuuuusomuch kepeng <3 Can you be my first & last love? Bytheway, first love never die. :) Hikhik.


Saturday, August 27, 2011

Feel free


Assalamualaikum. Tak jawab dosa ! Haha. Okey, lagi berapa hari je nak raya an? So, orang di sini rase free siket la. Enjoy nokk ! Nak balek kampung beraya. Dah lame tak balek kampung favourite. Sure kecoh la kali ni. Walaupun Opah dah takde. Atok tak berapa nak ingat. Kitorang still happy ! Hee. But I'm glad cause I still have my Wan at Pahang. Belah ayah kan. Rindu la daging dendeng Wan tu. Hukhuk. Raya ke-3 maybe balek sana kot. So wait yaa. Haha. Teruja nye nak beraya kat kampung ! Hikhok. So, nak wish hari raya sikit la kat korang korang semua ni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Saya, Shafirah Taharudin ingin menyusun sepuluh jari sekiranya terkutuk, terkasar bahasa dengan anda semua. Maklum lah, saya ni kan suka perli orang. So, nobody perfect okey. Hikhik. Sorry for everything guys. Hopefully, you alls enjoy dengan raya kali ni. Jangan maen mercun tau. Bahaya ! Happy Eid again.


Tapi time teruja ni, aku rase sedeh jugak la. Sebab an ... Nak tau ke? Nak tau ke? Hmm, nanti 3 minggu tak jumpa dengan Muhammad Rejab tersayang. Sob sob. Dia nak pegi mane entah. Ikut Umi die. Gonna miss you a lot sayang. Don't be naughty okey. I believe that you love me. Hahahahaha. Take care okey. Kampung kita dua takde la jauh mane. Dekat je en. Bole la jumpe lagi ye? Haha. Selamat Hari Raya sayang. Maaf zahir dan batin. Tak nak wish panjang panjang kat sini, tak best ! Tak sweet ! Haha. I love you so much until my last breath honey :*


Tuesday, August 23, 2011

Seven month !


Dear one, that's what you are to me,
A year ago when we meet, I fell in love with you.
Nothing has changed,
I love you still more than ever.
When you're not near to me, I feel an emptiness,
That I can 't seem to fill.
when you are near, I feel complete,
I cherish your love and companionship
and always hope to please you,
I always wish for your happiness,
for I love to see in sparkle in your eyes.
I never imagined that someone could be
as important as you are to me
please stay near
and love me as I love you.

p/s : You're so sweet and pampere to me ! Lots of love sayang.

Friday, August 19, 2011

Kuih oh kuih

Lapar tak lapar tak? Okey, tahan nafsu tu. Ape lagi time tengok gambar kat bawah ni. Haha.
Actually nak share satu benda dengan korang korang semua pasal kuih. So, lets check it out :

1. Kuih paling gangster : Lompat tikam. (Alaaa, yang colourfull tu)
2. Kuih paling sexy : Puteri mandi.
3. Kuih paling keji : Taik itik.
4. Kuih paling alim : Kuih ketayap.
5. Kuih bajet cute : Cek mek molek.
6. Kuih untuk awet muda : Seri muka.
7. Kuih suka pukul : Kuih lompang.
8. Kuih dalam zoo : Badak berendam.
9. Kuih untuk Sam polis trafik : Kuih Sampretttttt.
10. Kuih yang bangun sendiri : Kuih bangkit.
11. Kuih orang tak mandi : Kuih Bau-lu.
12. Kuih paling tenteram : Kuih makmur.
13. Kuih paling lambat : Kuih siput.

So, puas hati? Haha. Tak tau rupa kuih kuih ni? Search google maaa. :)

p/s : Esok ber-ate dengan Fatihah & Ashikin. Rindu siot dengan dorang ni <3

Thursday, August 18, 2011

Selamat berpuasa



Sebelum terlambat, saya di sini ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
HAPPY FASTING EVERYONE ! :3


HAH, Peringatan !

p/s: Tak sangka dah bole upload image ! Yahoooo ! Alhamdulillah :)


Tuesday, July 26, 2011

Free



Hello peeps :)
I want ticket for match between Malaysia & Singapore pleaseee !
I want it. I want it. I want it.
At least 5 ticket for my family.
Pleaseeeeeeee !
Sape ade ticket free inbox FB atau shoutbox saje.
Hopefully adee. Aaamin :)
Thankyou.

p/s: Esok maen bowling dengan budak library.

Wednesday, July 13, 2011

Ditinggalkan :'(

Sumpah hari ni aku stress, emo bagai. Tak tau kenape. Sejak pagi td aku pendam ape yang aku rase. Semua orang ingat aku okey, tp dalam hati sape tau an. Pagi pagi lagi, ayah dah tnye nak pegi interview KPJ ke tak. Aku cakap ade lawatan sekolah buat. Aku taknak pegi ! Aku nak stay. Aku dah selesa dengan condition sekarang. Okey, balek tadi aku rase mcm ditinggal kan. Tapi takpe, maybe salah aku. Aku pegi library pegi tgk budak budak tu dengan keadaan dalam tu gelap. Maybe dorang tak nmpak aku. Then, maybe COVERAGE takde. So, balek la aku. Alhamdulillah sampai jugak kat rumah :) Fineee, aku tak takot balek sorang. Tapi nnt semua sebok tanye aku balek dengan sape. Kalau cakap sorang, "ehhh, kenape jalan sorang sorang? Bahaya ! Kan kat LRT ade orang kene culik." Hah, itu parents aku akan ckp. So, how? Aku nak kereta sebijik. Amacam?

Balek tadi, call Jaja. Kejut die semua tu suruh siap. Yela, pegi match Arsenal vs Malaysia. Aku pegi training je. Semalam. Dah die siap semua tu, terus text. Then, die text kene tinggal. Awww kesian nye. Aku tetibe meleleh air mate. Yela, senaseb. Terima je la. Pergh, pastu terdengar lagu Dadali - Disaat Aku Mencintaimu. Memang makin meleleh la. Sedeh oh. Okey, benda dah lepas. Lupe kan je la. Kan?

Wednesday, July 6, 2011

Too many

Hai peeps. How are you? Hope you all fine la eh. Okey, straight to the point la ye. Aku memang busy gile sampai hujan bulan 7 ni. Macam macam aktiviti. Dengan minggu pusat sumber nye, kem kepimpinan, lawatan, picnic la. Omaigod, presentation sejarah lagi. Both pulak tu, Cikgu Nani dengan Cik Shuhaibah. Perghh, cikgu shue dah petik name aku dulu suruh buat pasal penang bagai. Ni la akibat nye selalu je menanye, menjawab bagai. Bukan maen banyak lagi kene buat. Tapi takpe, slow slow. Insyaallah, aku bole buat semua nye :') Aaaaamin.


OKEYYYYY, I'M BUSYYY. TOO BUSY NOKK. KAT SEKOLAH MEMANG AKAN NMPAK AKU GERAK KE SANE KE SINI. KELUAR MASOK BILIK GURU. SAMPAI TAKDE MASE NAK BER-DATE DENGAN JAJA SAYANG. HEE. SEBAEK DIE FAHAM KEADAAN AKU. THANKS A LOT BIE <3


Monday, July 4, 2011

Over -.-

Hello my stalker. Hye hyeee. Sehat? Dah makan? Mandi? Eeeeeeeeeei, busuk ! Haha. Okey, firstly nak cerita la siket pasal perlantikan pengawas sekolah & pengawas pusat sumber. Semua berjalan dengan lancar je. Ade la jugak yang buat spoil. Dan aku rase aku tergolong dalam golongan tu. Sebab aku bole tersilap bace ikrar, gagap, menggigil. Sampai ade yang gelak kan aku. Haha. Sumpah maluuuuuuuuu. Haha. Ade budak budak ckp suara aku comel. Awwww lagi malu. Haha. Alhamdulillah selesai jugak majlis perlantikan tu. Besyukur aku. Terime kaseh jugak kepada Teacher Rafidah & Puan Zurina sebab pileh aku sebagai Kapten. Macam mane bole terpileh entah. Interview pun tergagap. Jawab mcm harammm. Haha. Besyukur sangat. Harap harap budak PSS bole tolong ajar aku itu ini :')

Ade lagi satu cite yang tak sedap aku dengar yang sampai kat telinge aku ni. Tak faham budak zaman sekarang ni. Okey fine la. Akak memang taknak masok campur hal korang. Tapi ade pulak mulut yang cite kat orang yang aku ni over dengan si Jaja. Ape masalah kau dekk? Jealous? Takpayah la. Takbawak ke mane pun. Kau untung ape. Everyday bole menghadap muke si Jaja aku tu. Sedang kan sejak korang jd junior akak, akak dah anggap korang semua mcm adek akak tau. Hish, takpaham akak. Padahal akak tak penah cakap dengan kau. Ape kau tau pasal aku dengan Jaja? Setakat duduk belakang rumah aku, ape la sangat. Batang hidung kau pun aku tak penah nampak. Podaaaa. Hah, kan dah gune aku kau. Naik darah la aku mcm ni. Cite pulak kat senior kau & adek angkat aku. Memang dorang cite kat aku la. Kau tak kenal aku, jangan nak kutuk aku. Kenal aku dulu mcm mane la. Ade faham dekk? Otak pandai, mulut tu jage :)

Lagi satu, memang si Jaja tu nakal. Tapi tu dah memang attitude die. Aku nak buat mcm mane. Cume bg nasehat, tegur je la. Kalau dah itu cara die, memang tu la die. Hah, kat sekolah je mcm tu. Kat rumah study tau, tusyen bagai. Yee, aku tau die selalu kene panggil dengan cikgu disiplin la. Itu hal die. Jangan nak masok campur. Hal die, hal die la. Jangan nak busy body bagai. Ade la lagi aku dengar. Begadoh pulak gang die dengan budak kelas die. Hish, takpayah la gadoh. Korang sekelas an. Exam same same. Suke hati si gang Jaja la nak buat ape. Dorang laki, pandai pandai la settle. Budak pmpuan jgn nk masok campur. Itu nasehat akak sorang ni. Peaceeee~ Haha. Yang gang die pun satu, dh tau si Jaja ni nakal. Pegi ikut die sane sini buat ape. Haha. Walaupun Jaja mcm tu, aku okey je dengan die. Selagi die tak buat die kene buang sekolah, aku happy. Sebab aku rase bile die ade, aku bersemangat. Lantak la gadoh ke ape, tetap bersemangat bhai. Haha. Over takkkkkkkkkkkk? Pegi la cite kat orang lagi dekk. Pegiii la. Maluuu? Meh akak bawak kan. :')


p/s: Mulut orang tak bole tutup. Semua manusia ade kelemahan. So terima je la kelemahan dorang (: kbaiii.

Tuesday, June 28, 2011

Jika Kau tiada




Ahhh, takde keje post lagu ni. Haha. Lagu ni mase izwan dengan ekin karaoke dulu la aku kenal lagu ni. So, korang dengar la. Lagu lameeee :')