Sunday, December 4, 2011
Storm Boat
Heyyo
Sunday, October 16, 2011
Saturday, October 1, 2011
Here.
Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Almost done !
Wednesday, September 7, 2011
Tuesday, September 6, 2011
In my mind
Saturday, August 27, 2011
Feel free
Tuesday, August 23, 2011
Seven month !
Friday, August 19, 2011
Kuih oh kuih
Thursday, August 18, 2011
Selamat berpuasa
Tuesday, July 26, 2011
Free
Wednesday, July 13, 2011
Ditinggalkan :'(
Wednesday, July 6, 2011
Too many
Monday, July 4, 2011
Over -.-
Hello my stalker. Hye hyeee. Sehat? Dah makan? Mandi? Eeeeeeeeeei, busuk ! Haha. Okey, firstly nak cerita la siket pasal perlantikan pengawas sekolah & pengawas pusat sumber. Semua berjalan dengan lancar je. Ade la jugak yang buat spoil. Dan aku rase aku tergolong dalam golongan tu. Sebab aku bole tersilap bace ikrar, gagap, menggigil. Sampai ade yang gelak kan aku. Haha. Sumpah maluuuuuuuuu. Haha. Ade budak budak ckp suara aku comel. Awwww lagi malu. Haha. Alhamdulillah selesai jugak majlis perlantikan tu. Besyukur aku. Terime kaseh jugak kepada Teacher Rafidah & Puan Zurina sebab pileh aku sebagai Kapten. Macam mane bole terpileh entah. Interview pun tergagap. Jawab mcm harammm. Haha. Besyukur sangat. Harap harap budak PSS bole tolong ajar aku itu ini :')
Ade lagi satu cite yang tak sedap aku dengar yang sampai kat telinge aku ni. Tak faham budak zaman sekarang ni. Okey fine la. Akak memang taknak masok campur hal korang. Tapi ade pulak mulut yang cite kat orang yang aku ni over dengan si Jaja. Ape masalah kau dekk? Jealous? Takpayah la. Takbawak ke mane pun. Kau untung ape. Everyday bole menghadap muke si Jaja aku tu. Sedang kan sejak korang jd junior akak, akak dah anggap korang semua mcm adek akak tau. Hish, takpaham akak. Padahal akak tak penah cakap dengan kau. Ape kau tau pasal aku dengan Jaja? Setakat duduk belakang rumah aku, ape la sangat. Batang hidung kau pun aku tak penah nampak. Podaaaa. Hah, kan dah gune aku kau. Naik darah la aku mcm ni. Cite pulak kat senior kau & adek angkat aku. Memang dorang cite kat aku la. Kau tak kenal aku, jangan nak kutuk aku. Kenal aku dulu mcm mane la. Ade faham dekk? Otak pandai, mulut tu jage :)
Lagi satu, memang si Jaja tu nakal. Tapi tu dah memang attitude die. Aku nak buat mcm mane. Cume bg nasehat, tegur je la. Kalau dah itu cara die, memang tu la die. Hah, kat sekolah je mcm tu. Kat rumah study tau, tusyen bagai. Yee, aku tau die selalu kene panggil dengan cikgu disiplin la. Itu hal die. Jangan nak masok campur. Hal die, hal die la. Jangan nak busy body bagai. Ade la lagi aku dengar. Begadoh pulak gang die dengan budak kelas die. Hish, takpayah la gadoh. Korang sekelas an. Exam same same. Suke hati si gang Jaja la nak buat ape. Dorang laki, pandai pandai la settle. Budak pmpuan jgn nk masok campur. Itu nasehat akak sorang ni. Peaceeee~ Haha. Yang gang die pun satu, dh tau si Jaja ni nakal. Pegi ikut die sane sini buat ape. Haha. Walaupun Jaja mcm tu, aku okey je dengan die. Selagi die tak buat die kene buang sekolah, aku happy. Sebab aku rase bile die ade, aku bersemangat. Lantak la gadoh ke ape, tetap bersemangat bhai. Haha. Over takkkkkkkkkkkk? Pegi la cite kat orang lagi dekk. Pegiii la. Maluuu? Meh akak bawak kan. :')
p/s: Mulut orang tak bole tutup. Semua manusia ade kelemahan. So terima je la kelemahan dorang (: kbaiii.
Tuesday, June 28, 2011
Jika Kau tiada
Saturday, June 25, 2011
Rosak
Tuesday, June 21, 2011
Sunday, June 19, 2011
New things
Saturday, June 18, 2011
Antara dua
Sunday, June 12, 2011
Come back to school
Wednesday, June 8, 2011
Unplanned date
Tuesday, June 7, 2011
Goodbye To My Best Friend
Wednesday, June 1, 2011
Hodoh.
Alolololo, dua dua tembam. Comel.
Thursday, May 26, 2011
Tuesday, May 24, 2011
4 month
For men okey.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
HIHI, benda ni aku copy dari note orang. Tapi bile bace benda ni, ade betul nye jugak. Bukan ade, tapi mmg betul pun. Harap korang faham nye kaum adam sekalian :)